Tips Penjagaan Kulit Sensitif Bayi Anda

Kulit bayi baru lahir amat sensitif jadi ibu bapa perlu mengetahui cara yang betul terhadap penjagaan kulit bayi dan perkara yang perlu dielakkan. Ini kerana kulit bayi baru lahir sangat sensitif dan memerlukan penjagaan rapi terhadap kulit bayi anda. Berikut adalah tips yang boleh anda amalkan untuk menjaga kulit sensitif bayi anda.

1.Pemilihan produk yang sesuai untuk bayi

Oleh kerana kulit bayi yang sensitif, penggunaan produk yang sesuai amatlah diperlukan. Adalah dinasihatkan menggunakan produk khas untuk bayi sahaja terutama barang mandian bayi. Seeloknya menggunakan sabun dan syampu yang tiada pewarna,wangian,alkohol dan bahan-bahan lain yang boleh membahayakan bayi anda. Kemudian, jangan terlalu banyak menggunakan sabun, ini akan menyebabkan kulit bayi anda akan kering.

Dari segi pembersihan pemakaian bayi anda pula, anda tidak memerlukan pencuci baju khas untuk bayi namun, anda mungkin mempertimbangkan untuk bertukar kepada pencuci baju yang tiada haruman dan pewarna untuk pakaian bayi anda. Tambahan pula, anda tidak perlu menggunakan pelembut untuk mencuci baju bayi anda.

2. Lindungi Kulit bayi anda dari gigitan serangga dan dari cahaya matahari

Lindungi bayi anda daripada gigitan serangga dengan memakai pakaian yang boleh melindungi daripada terkena gigitan serangga dan cahaya matahari. Pakaian tidak perlu terlalu tebal supaya mereka tidak terlalu panas, cukuplah sekadar untuk melindungi daripada terkena gigitan seranggan dan cahaya matahari. Kemudian pakaian topi untuk melindungi kulit muka dan hidung yang senang diselar matahari. Untuk menjauhi daripada terkena gigitan serangga, boleh gunakan pelindung  atau ubat penghalau serangga jenis semburan atau jenis krim dan sapukan pada kulit bayi yang terdedah. Setidaknya, ia boleh bantu untuk mengelak daripada terkena gigitan serangga.

3. Jangan mandikan bayi terlalu lama.

Seeloknya mandikan bayi anda dalam tempoh 3-5 minit sahaja. Apabila anda mandikan bayi terlalu lama akan menyebabkan kulit bayi anda kering. Bagi bayi yang  masih bertali pusat, mandian span lebih dari mencukupi untuk membersihkan bayi anda.

4. Manjakan bayi dengan urutan.

Sentuhan anda akan mencetuskan pengeluaran hormon, mempertingkatkn imuniti dan membantu melawan penyakit. Bayi yang diurut juga lebih tenang, tidur dengan lebih lena dan kurang menangis. Kajian mendedahkan bahawa sentuhan dan urutan rutin oleh ibu bapa adalah penting untuk pertumbuhan, komunikasi dan pembelajaran bayi. Selain membantu bayi untuk tidur lena,melalui urutan juga boleh membantu proses pencernaan dan membantu melegakan kembung perut, angin dan sembelit.

 

Untuk mendapatkan minyak kelapa dara, klik pada gambar :