Tips Penjagaan Kehamilan Trimester

Kehamilan adalah saat yang ditunggu oleh pasangan suami isteri dan pelbagai langkah yang perlu dilakukan bagi memastikan zuriat yang bakal dilahirkan sihat tubuh badan.Penjagaan kehamilan trimester adalah sangat penting kerana boleh mempengaruhi kesihatan mental dan fizikal bayi yang bakal lahir. Berikut adalah tips penjagaan awal kehamilan:

1. Amalkan Makanan Tambahan 

Penjagaan kehamilan trimester sangat penting pada peringkat bagi menggelak berlaku kecacatan yang membabitkan organ tubuh bayi. Oleh itu, para ibu perlu mengambil makanan tambahan seperti makanan yang kaya dengan karbohidrat,protein dan vitamin. Ini kerana ia mampu untuk  memberi tenaga kepada bayi, mampu untuk bagi pertumbuhan dan pembinaan tisu tubuh bayi dan ibu. Selain itu mampu untuk mencegah jangkitan pada janin, oleh itu ibu-ibu perlu mengambil vitamin dan zat yang secukupnya. 

2. Kawal Emosi,Elak Stress dan Rehat Secukupnya

Ibu-ibu yang sedang hamil mempunyai emosi yang sensitif dan mudah tersinggung.Oleh itu, ibu-ibu perlu mesti mempersiapkan diri supaya tenang dan bersabar. Ini kerana untuk kebaikan kesihatan ibu dan bayi. Selain itu, rehat yang cukup amatlah penting buat para ibu yang sedang hamil. Berhentilah seketika apabila melakukan sesuatu kerja dan jangan memaksa diri anda. Jagalah kesihatan anda dan kandungan😊

Artikal berkaitan:

3. Tidak Terlalu Banyak Buat Aktiviti Lasak

Salah satu punca kepada keguguran adalah disebabkan melakukan aktiviti.Mungkin ada yang tidak menyedari mereka hamil menyebabkan leka untuk melakukan sedemikian.Oleh itu,penjagaan kehamilan trimester sangatlah penting. Kurangkan aktiviti lasak kerana apabila anda terlampau banyak melakukan aktiviti lasak boleh menyebabkan terjadinya keguguran.

4. Berhenti Merokok

Salah satu risiko kepada berlakunya keguguran adalah merokok. Merokok juga boleh menyumbang kepada bayi pramatang. Oleh itu, para ibu dinasihatkan untuk tidak merokok. Apabila tidak merokok semasa hamil, ia akan memberikan peluang yang baik pada bayi. Setiap ibu inginkan bayi yang dilahirkan mempunyai tubuh badan yang sihat tanpa kecacatan. Ibu yang juga perlu melakukan sesuatu supaya ia tidak terjadi pada bayi anda.

5.Kurangkan Pengambilan Alkohol

Para ibu yang hamil dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan alkohol. Ini kerana wanita hamil yang kerap minum beralkohol akan boleh menyebabkan risiko kepada kelahiran bayi dengan gangguan spektrum alkohol janin yang boleh menyebabkan pelbagai masalah. Salah satunya masalah kepada kecacatan kelahiran yang serius.

 

Untuk Mendapatkan Minyak Kelapa Dara, klik gambar: