Tips Mengatasi Morning Sickness

Morning sickness atau mengalami muntah-muntah berlaku ketika saat kehamilan. Ia boleh terjadi pada bila-bila masa tidak kiran malam mahupun siang. Setiap wanita hamil pasti pernah mengalami morning sickness yang sangat teruk. Ibu hamil akan berasa mual, pening-pening dan muntah-muntah. 

Dipetik dari keratan akhbar, menurut Pakar kesuburan,Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) Pusat Perubatan Tropicana Dr. Nurhazinat Mohamed Yunus ” Mabuk hamil tidak semestinnya bermula pada awal tempoh kehamilan, sebaliknya berlaku sekitar minggu ke-6 dan boleh berakhir paling lewat ketika usia kandungan mencecah 16 minggu.

Jelasnya lagi, apabila wanita yang mempunyai mabuk hamil akan mengalami muntah-muntah 2-3 kali sehari dan itu adalah situasi biasa. Apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi “Morning Sickness” ini dengan hanya perlu mengubah diet harian supaya bersesuaian dengan selera dan keadaan tubuh.

Namun, apabila wanita mengalami mabuk yang teruk, ia boleh menjejaskan kesihatan ibu dan kandungan. Oleh itu, ibu hamil perlu kerap untuk merujuk kepada doktor dan hospital berdekatan untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut. Ibu hamil perlu memastikan mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong sehari.

Article berkaitan:

Tips untuk Mengurangkan Morning Sickness

Tips 1: Minum air masak dengan banyak untuk mengatasi rasa mual dan nak muntah

Tips 2: Halia. Ia membantu meningkatkan sistem pencernaan dan mengurangkan asid dalam perut. Boleh juga minum teh halia dengan madu setiap pagi.

Tips 3 : Daun Pudina.

Sediakan teh pudina dan tambah daun pudina kering ke dalamnya. Minum pada setiap pagi. Daun pudina yang mengandungi methanol boleh mengelak rasa mual ketika hamil.

Tips 4 :Yogurt

Yogurt yang kaya dengan vitamin B12 yang amat berkhasiat untuk wanita hamil. Priobiotik ini boleh dimakan dengan buah-buahan segar.

Tips 5 : Minyak Kelapa Dara juga boleh membantu mengurangkan morning sickness dengan cara pengambilan sesudu sebelum sarapan dan makan tengahari. Boleh juga dicampur dengan air suam juga. 

 

Untuk dapatkan Minyak Kelapa Dara, klik gambar: