Tips Ibu Berpantang

 

Seorang ibu yang telah melahirkan anak akan menjalani proses berpantang untuk menjaga kesihatan luaran dan dalaman. Para ibu perlu berpantang dari segi pemakanan dan juga pergerakan fizikal. Namun pada zaman moden ini,  isu berpantang menjadi salah satu isu dimana ia menimbulkan dilema dalam diri samada mahu mengikuti cara berpantang zaman moden mahupun tradisional.

Namun begitu, tidak ada salahnya untuk mengikuti cara berpantang zaman moden ni kerana jika dahulu amatlah sukar untuk mendapat maklumat-maklumat tentang berpantang berbanding pada zaman moden dan serba canggih ini untuk mendapat maklumat hanya dihujung jari sahaja.

Berikut adalah tips-tips berpantang untuk para ibu:

        1. Memakai Bengkung

Amalan memakai bengkung ini dilakukan bagi mengembalikan semula bentuk badan dan mengurangkan pergerakan bagi membantu pemulihan luka pada faraj. Ada pelbagai jenis bengkung yang boleh dipilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda. Amalan berbengkung ini mampu untuk mengecutkan rahim yang bengkak serta turut membantu menetapkan kedudukan peranakan daripada jatuh. Ia juga memperbaiki postur, menghilangkan sakit belakang dan mempercepatkan pengeluaran darah kotor. Selain itu,akan membuatkan para ibu lebih selesa dan yakin untuk bergerak serta memudahkan proses penyusuan.

   

      2. Bertungku

Amalan ini bertujuan mengeluarkan angin dalam badan, mengecutkan rahim dan melembutkan urat yang tegang. Tujuan bertungku ketika berpantang adalah apabila haba dari batu tungku akan menyebabkan saluran darah di kulit pada bahagian di letakkan batu tungku akan mengembang. Maka, peredaran darah akan bertambah baik.  Ia membantu untuk melegakan rasa sakit dan lenguh pada otot.

       3. Minum Air Secukupnya

Air sangat penting untuk mengelakkan kita terhidrat, kalau kurang air akan boleh menyebabkan sembelit.Oleh itu, para ibu yang sedang berpantang mestilah minum air yang secukupnya, sekurang-kurang 2-3 liter sehari. Ianya penting untuk penghasilan susu ibu yang banyak kerana susu ibu mempunyai komponen yang sangat tinggi serta selain mampu untuk mengatasi masalah sembelit.

      4. Makan-makanan berkhasiat

Ibu yang berpantang memerlukan zat nutrisi daripada makanan yang berkhasiat. Pengambilan makanan yang  terbaik adalah mengikut sukatan ini iaitu suku pinggan karbohidrat, suku pinggan protein dan separuh pinggan sayuran dan buah. Sayur-sayuran dan buah-buahan membantu untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan mengandungi serat yang boleh mengelakkan berlaku sembelit.

      5. Berurut

Berurut dalam proses berpantang membantu mengeluarkan angin, memulihkan sakit otot, sendi serta saraf di pinggang, tumit dan lutut sambil memberi ketenangan pada para ibu.

Walaupun kelihatan rumit, amalan berpantang boleh diamalkan samada moden atau tradisional.Amalan berpantang ini membantu untuk memulihkan dalaman dan luaran. Selain itu mampu untuk memberikan rehat yang secukupnya serta menyokong proses pemulihan.

 

Untuk mendapatkan Minyak Kelapa Dara, klik gambar: