Rawat Masalah Kulit dengan Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara atau Virgin coconut oil (VCO) adalah produk asli yang diusahakan dari kelapa dan dihasilkan daripada Bioteknologi. Ia terhasil daripada santan melalui proses pemanasan dan tidak menggunakan bahan kimia. Minyak kelapa dara mempunyai khasiatnya yang tersendiri iaitu kandungan Asid Laurik yang terbukti baik untuk kesihatan. Minyak yang mengandungi Asid Laurik iaitu asid lemak berantai sederhana yang bersifat antivirus,anti backteria dan baik untuk kesihatan pada tubuh badan manusia.

Minyak kelapa dara bukan sahaja digunakan untuk kesihatan, malah digunakan juga untuk kecantikan. Ia kaya dengan khasiat, cukup khasiat,cukup lembut pada kulit yang sensitif. Selain itu juga, tekstur minyak kelapa dara yang halus, ringan dan cepat untuk ia menyerap dan tidak meninggalkan kesan melekit dengan kaedah atau cara penggunaan yang betul. 

Bagaimana Minyak Kelapa Dara merawat kulit anda?

Ia membantu membersih secara mendalam dan juga bertindak sebagai penanggal make up. Kaedah penggunaannya ialah dengan meratakan ke seluruh wajah dan urut secara perlahan. Ia bertindak untuk menanggalkan kotoran minyak pada wajah.

  • Selain mampu untuk mendapat wajah yang cantik, minyak kelapa dara juga boleh dijadikan sebagai bahan Losyen tangan dan badan.

Ia bantu menguatkan tisu dan struktur kulit supaya lebih sihat. Jika anda mempunyai kulit yang kering dan sering mengelupas atau merekah, adalah sangat sesuai untuk merawat kulit anda dengan minyak kelapa dara. Cara penggunaannya sebaiknya disapukan  diseluruh badan selepas mandi untuk melindungi lapisan kulit dari terhidrasi.

Ia hanya perlu digunakan satu atau dua titik sahaja untuk membuat kulit anda rasa lembap. Jika anda rasa melekit, ini bermakna anda telah terlebih pakai. 

  • Merawat kulit kusam, pigmentasi dan berkedut.

Ini kerana faktor-faktor pencemaran, tekanan dan sinaran matahari yang berlebihan. Dengan penggunaan minyak kelapa dara mampu untuk melawan masalah penuaan selain mampu juga untuk melawan sinaran UV.

Setiap individu ingin mempunyai kulit muka yang licin,sihat dan tidak berjerawat. Jerawat boleh mengugat keyakinan seseorang dan menjejaskan interaksi sosial. Punca utama jerawat apabila kalenjar minyak yang menghasilkan sebum secara berlebihan. Kebiasaanya jerawat adalah paling biasa di kalangan remaja, ia berkaitan dengan hormon remaja yang meningkat dewasa. Penggunaan minyak kelapa dara mampu untuk merawat masalah jerawat kerana mampu untuk mengimbangkan minyak pada kulit. Oleh itu, ia akan menghalang kalenjar sebum menjadi terlalu agresif menghasilkan minyak serta vitamin E yang terkandung mampu untuk merawat kesan jerawat yang ditinggalkan.

Selain kebaikan minyak kelapa dara yang boleh bantu merawat masalah kulit, ia juga berperanan untuk merawat masalah kesihatan seperti kanser dan jantung, merawat migrain, mengurangkan kadar gula dalam darah, masalah tiroid dan sebagainya.Selain khasiatnya digunakan untuk kecantikan dan kesihatan,ia juga boeh digunakan di dalam masakan.

Kesimpulannya, jika kita dapat lihat khasiat minyak kelapa dara bertindak sebagai ubat dan rawatan yang berkesan,bukan sahaja kepada golongan ibu hamil malahan untuk pelbagai peringkat umur dan juga seisi keluarga.

 

Untuk dapatkan Minyak Kelapa Dara, klik gambar: