Raut Wajah Cantik dengan Minyak Kelapa Dara

Tidak dinafikan minyak kelapa dara mempunyai banyak khasiat dan manfaatnya kepada pengguna. Ia bukan sahaja digunakan pada ibu hamil tetapi juga digunakan untuk kecantikan. Minyak kelapa dara cukup lembut pada kulit sensitif,halus, ringan,cepat menyerap dan tidak meninggalkan kesan melekit dengan penggunaan yang betul.

Wajah Cantik Dengan Minyak Kelapa Dara!

  • Cleansing Oil  Minyak kelapa dara mengandungi acid laurik yang anti bacteria, anti fungal yang membersihkan secara mendalam. Ia sangat sesuai untuk membersihkan wajah dengan kaedah double cleansing.

 

  • Moisturizer   –  Minyak kelapa dara mempunyai vitamin A,D,E dan K yang bermanfaat untuk kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit. Digunakan dengan hanya 1 atau 2 titik sahaja untuk membuatkan wajah anda lembap.

 

  • Merawat Jerawat – Kulit yang kering boleh menyebabkan lebih banyak lebihan minyak dihasilkan oleh sebum. Dengan mengamalkan minyak kelapa dara mampu untuk mengimbangi minyak pada kulit kerana ia mengahlang kelenjar sebum menjadi terlalu agresif menghasilkan minyak. 

 

Selain boleh mendapat raut wajah yang cantik, minyak kelapa dara juga mempunyai manfaat  yang lain seperti:

  • Merawat kesan kulit terbakar (sunburn)
  • Rawatan penyakit kulit
  • Pelembap kulit kepala
  • Penanggal Solekan
  • Skrub badan dan muka
  • Body Oil
  • Losyen Tangan dan badan

Bagi penggemar produk natural, disarankan mengambil minyak kelapa dara kerana ia adalah 100% organik. Popularitinya semakin meningkat kerana keberkesanannya. Ramai yang telah mencuba dan yakin dengan minyak kelapa dara. 

Untuk mendapatkan Minyak Kelapa Dara, klik gambar :