Penggunaan Minyak Kelapa Dara untuk Ibu Hamil

Minyak Kelapa Dara terkenal dengan VCO iaitu Virgin Coconut Oil yang sangat bermanfaat untuk merawat penyakit seperti kencing manis, jantung, darah tinggi, masalah kulit kering dan sebagainya. Selain mampu merawat pelbagai jenis penyakit, Minyak Kelapa Dara juga bermanfaat untuk yang sedang hamil. Berikut adalah kelebihan penggunaan minyak kelapa dara:

  1. Membekalkan Tenaga

VCO (makanan yang membekalkan komponen kesihatan melebihi komponen untuk tenaga) dan bebas kolesterol disarankan diambil sebagai tambahan dalam menu harian bagi setiap wanita yang sedang hamil atau menyusukan bayi. Kajian mendapati ibu-ibu mengambil makanan berasaskan minyak kelapa dara dapat meningkatkan 2-3 kali ganda nutrien asid laurik dan asid kaprik dalam susu badan mereka. Justeru anak yang disusui mendapat manfaat optimum dan membesar dengan lebih sihat selain mampu untuk mencegah rasa letih, lesu dan mengantuk.

2.  Dapat Membantu Memudahkan Proses Bersalin

Selain mampu untuk membekalkan tenaga kepada ibu hamil, minyak kelapa dara juga mampu untuk melancarkan dan memudahkan proses bersalin secara normal serta mengurangkan risiko komplikasi dan mengelakkan kelahiran tidak cukup bulan (pramatang). Selain itu juga, ia juga membantu memudahkan kepala bayi untuk keluar serta melembutkan kawasan perineum bagi memudahkan proses kelahiran bayi dan mengurangkan risiko koyak.

3.  Membantu Ketika Berpantang

Pengambilan minyak kelapa dara oleh ibu-ibu hamil akan dapat membantu mengurangkan masalh sembelit atau buasir yang sering dihadapi kerana ia memperbaiki sistem pemghadaman dan pencernaan. Selain memgurangkan masalah sembelit, ia juga membantu untuk memperbanyakkan proses pengeluaran susu (milk booster). Penggunaan minyak kelapa dara ketika berpantang mampu untuk merawat masalah keguguran rambut serta membantu proses pemulihan luka dalaman serta luaran dan membantu ibu menurunkan berat badan seterusnya mendapatkan berat badan yang ideal.

Untuk Mendapatkan Minyak Kelapa Dara, Sila Klik pada gambar.