Minyak Kelapa Dara untuk Ibu Mengandung dan Bayi

 

Virgin Coconut Oil merupakan makanan tambahan terbaik untuk seisi keluarga terutama untuk ibu hamil & berpantang. Minyak kelapa juga disenaraikan minyak makan tersihat di dunia kerana mempunyai 1001 manfaat kepada tubuh badan kita terutamanya bagi ibu hamil. Oleh itu , minyak kelapa semakin popular sebagai produk penjagaan kesihatan dan rawatan.

Kelebihan mengamalkan minyak kelapa dara atau dikenali Virgin Coconut Oil (VCO) akan memberi khasiat semulajadi kepada ibu-ibu  yang mengamalkannya. Khasiat lain apabila mengamalkannya dapat mengurangkan “Morning Sickness”, memudahkan bersalin,melebatkan rambut bayi dan mencegah sakit kuning.Selain itu, ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara akan mendapat khasiat tambahan kerana ” saturated fat” yang merupakan medium chain fatty acid dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkan dan ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunisasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid.

Apabila ibu-ibu yang menyusukan anak mengambil makanan dari lemak kelapa (terutama minyak kelapa dara, kelapa parut dan santan kelapa) paras kandungan lauric asid dan capric asid akan bertambah secara ketara didalam susu. Ini bermaksud kandungan jumlah perlindungan antimikroba lauric asid dan capric asid dalam susu ibu berkenaan akan bertambah, yang akhirnya memberikan lebihan perlindungan kepada bayi yang disusukan.

Dr. Ian A. Prior, seorang pakar jantung yang juga merupakan pengarah Pusat Penyelidikan Wabak Penyakit di Hospital Wellington, New Zealand telah melakukan penyelidikan di dua buah pulau iaitu Puka Puka dan Tokelau di Lautan Pasifik Selatan. Dr. Ian merumuskan penduduk setempat banyak memakan kelapa sebagai diet harian. Hasilnya, paras kolesterol rendah, kesihatan fizikal amat baik dan tiada sebarang penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Untuk mendapatkan minyak kelapa dara, sila klik pada gambar :