Minyak Kelapa Dara Membantu untuk Dapatkan Sistem Penghadaman yang Baik

Sistem penghadaman yang sihat adalah asas kepada tubuh yang sihat. Untuk mendapatkan sistem penghadaman yang sihat, ia melibatkan kesihatan usus yang berkait rapat dengan  pencernaan, imun, peredaran , sistem saraf pusat. Jika terganggu boleh menjejaskan kesihatan sama ada mental dan fizikal.

Selain itu, pemakanan yang tidak seimbang akan membawa kepada seseorang itu mengalami penyakit seperti sembelit , kembung atau cirit-birit. Faktor utama yang menentukan sistem penghadaman ialah kehadiran mikrobiota usus iaitu pelbagai populasi mikroorganisma yang boleh ditemui di dalam usus.

Sistem penghadaman berfungsi sebagai sebahagian daripada sistem imun badan yang membentuk sehingga 80% pertahanan tubuh terhadap penyakit. Dengan fungsi penghadaman usus yang sememangnya sangat penting terhadap tubuh manusia, kesihatan usus sangat perlu diambil berat.

Namun, tabiat makanan yang tidak sihat mungkin boleh memberi kesan tidak baik terhadap sistem penghadaman dan pencernaan. Masalah sistem penghadaman ini berlaku tidak mengenal usia. Terutamanya golongan ibu bapa untuk mengenalpasti sama ada anak-anak mereka mempunyai masalah sistem penghadaman antaranya :

  • Masalah buang air besar
  • Peubahan emosi dan cepat marah
  • Masalah garu dan gatal-gatal
  • Kerap bersin
  • Mudah lupa

Oleh itu, kita mestilah menjaga kesihatan untuk memudahkan penghadaman dan pencernaan. Amalkan gaya hidup sihat dengan pengambilan makanan seimbang seperti ambil makanan yang mengandungi serat yang tinggi (bijirin,sayur-sayuran dan kekacang) , bersenam membantu meningkatkan pergerakan seterusnya mengalakkan pembuangan air besar dan menguatkan otot perut), minum lapan gelas sehari (boleh dicampur sekali dengan minyak kelapa dara) dan dapatkan tidur yang berkualiti.

Articel berkaitan:

Berikut adalah tanda-tanda sistem penghadaman dalam keadaan optimum 

  • Kulit berseri tanpa celaan
  • Tabiat membuang air besar yang sihat
  • Nafas tidak berbau
  • Sistem imun yang lebih kuat
  • Memori dan minda yang aktif

Untuk mendapatkan Minyak Kelapa Dara, klik gambar: