Minyak Kelapa Dara Membantu Mengatasi “Stretch Mark”

Stretch mark merupakan tanda khusus yang muncul berupa garis lurus pada kulit kerana perubahan hormon atau regangan yang berlebihan pada kulit. Stretch mark ni akan akan muncul di perut,paha atas,payudara atau pinggul.

Antara terjadinya Stretch mark adalah :

  • Kehamilan
  • Berat badan meningkat secara mendadak
  • Terdapat anggota keluarga yang mempunyai stretch mark
  • Puberty – pada remaja lelaki,stretch mark akan ada pada bahu dan punggung.Manakala, remaja perempuan ia akan terdapat di pinggul, paha dan payudara.

Sebelum stretch mark ini terjadi, kulit akan menipis dan muncul garis atau kedutan kemerahan, kadang kala akan berasa gatal-gatal. Lama kelamaan ia akan berubah menjadi putih dan kemudiannya menghilang.

Tips menghilangkan Stretch Mark, selain daripada penggunaan aloe vera, minyak zaitun ,madu, putih telur dan sebagainya. Minyak kelapa dara juga boleh bantu untuk mengurangkan stretch mark ni. Penggunaan minyak kelapa dara ini yang diperbuat daripada 100% organik tanpa bahan campuran juga adalah salah satu cara untuk mengurangkan masalah stretch mark. Pengambilan minyak kelapa dara boleh dimanfaatkan untuk menghaluskan kulit dan mencegah timbulnya stretch mark. Anda boleh menyapu minyak sambil urutan lembut di perut dan paha sebelum tidur.

Minyak Kelapa Dara juga boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti :

  • Mencegah rekahan pada kulit ibu hamil
  • Mencegah proses penuaan
  • Mengatasi masalah kulit seperti jeragat, jerawat serta kulit kering dan bersisik
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut
  • Mengatasi masalah rambut gugur
  • Mempercepatkan pembentukan sel kulit baru dan sebagainya.

Penggunaan minyak kelapa dara ini bagus untuk mengurangkan stretch mark terutama pada ibu hamil. Untuk dapatkan minyak kelapa dara, sila klik pada gambar :