Minyak Kelapa Dara Bantu Mengurangkan Masalah Bayi Kuning

 

Jaundice adalah penyakit yang disebabkan perubahan yang terjadi pada warna kulit yang menguning. Ia menggambarkan disebabkan bayi yang kuning selalunya tidak mempunyai demam. Ini boleh dilihat pada keadaan bayi dimana kulit dan mata bayi kelihatan kuning serta menjadi kebimbangan kepada ibu bapa. Ini kebiasaannya berlaku dalam kalangan bayi yang lahir pramatang.Masalah bayi kuning ini berlaku ke atas bayi yang berumur 3 hari dan berakhir dalam hari ke-7 selepas dilahirkan.

Penyakit kuning ini berlaku apabila organ dalaman bayi seperti hati belum cukup matang dan tidak berfungsi dengan sempurna selepas dilahirkan. Jaundice adalah peningkatan kadar  bilirubin pada minggu pertama kelahiran. Biasanya akan menyebabkan kulit, mata dan mulut bayi berwarna kuning dan warna kuning ini disebabkan oleh bilirubin.

Bilirubin adalah kompaun yang terhasil daripada penguraian sel darah merah yang telah mati. Ini merupakan proses normal yang terjadi seumur hidup kita. Selepas itu, bilirubin akan menuju ke usus dan ginjal lalu ke seluruh tubuh. Jika terlalu banyak yang dilepaskan ke seluruh tubuh bayi akan menyebabkan kuning.

Punca-Punca Bayi Kuning:

  • Jaundice Fisiologi : Hati bayi yang belum matang untuk menguraikan bilirubin. Ini berlaku pada hari ke 2 hingga hari ke 4.
  • Penyusuan: Bayi tidak dapat susu yang secukupnya, kalau dapat susu yang secukupnya kuning bayi akan hilang.
  • Susu Ibu: Ada beberapa kompaun susu ibu yang menyebabkan bayi mudah kena kekuningan tetapi jenis ini akan baik dengan sendirinya.

Punca lain dan memerlukan rawatan segera:

  • Jenis darah ibu dan anak yang berlainan
  • Bayi Pramatang
  • Jangkitan
  • Pendarahan

 

Rawatan yang disyorkan untuk menghilangkan kuning bayi :

  1. Phototherapy(terapi cahaya): Bayi akan diletakkan dibawah cahaya atau lampu khas. Cahaya tersebut akan mengubah bentuk dan struktur molekul bilirubin sehingga dikumuhkan dalam najis.
  2. Immunoglobin intrave(IVIg) : Bantu mengurangkan tahap antibodi sekaligus menurunkan penyakit kuning.
  3. Pemindahan darah: Bayi perlu melakukan transfusi darah bagi mencairkan bilirubin dan antibodi ibu.
Article berkaitan:

Minyak Kelapa Dara Bantu Mengurangkan Kuning Bayi

Kelebihan mengamalkan minyak kelapa dara atau dikenali Virgin Coconut Oil (VCO) akan memberi khasiat semulajadi kepada ibu yang mengamalkan. Khasiat lain apabila ibu-ibu mengamalkannya dapat mengurangkan “Morning Sickness”, memudahkan bersalin,melebatkan rambut bayi dan mencegah sakit kuning.Selain itu, ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara akan mendapat khasiat tambahan kerana ” saturated fat” yang merupakan medium chain fatty acid dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkan dan ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunisasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid.

Apabila ibu-ibu yang menyusukan anak mengambil makanan dari lemak kelapa (terutama minyak kelapa dara, kelapa parut dan santan kelapa) paras kandungan lauric asid dan capric asid akan bertambah secara ketara didalam susu. Ini bermaksud kandungan jumlah perlindungan antimikroba lauric asid dan capric asid dalam susu ibu berkenaan akan bertambah, yang akhirnya memberikan lebihan perlindungan kepada bayi yang disusukan.

Untuk mendapatkan Minyak Kelapa Dara, Klik gambar