Minyak Kelapa Dara Bantu Mencegah Ulser Peptik


Ulser peptik merupakan luka terbuka yang terdapat di bahagian dalam lapisan perut, bahagian atas usus kecil atau esofagus.Simptom yang paling biasa bagi ulser peptik adalah rasa sakit. Ia berlaku apabila terdapat luka di bahagian dinding perut dan bahagian permukaan usus kecil dikenali sebagai duodenum.

Jika tidak dirawat, ia boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan serta kualiti hidup pesakit turut menurun. Oleh itu, sangat penting kepada mereka yang mengalami gejala-gejala ulser peptik ini untuk mendapat rawatan awal dan betul.

Gejala-gejala yang dialami oleh pesakit yang mengalami ulser peptik:

  • mengadu pedih
  • Sakit di kawalan hulu hati
  • Jadi lebih teruk jika perut kosong, tetapi boleh juga menjadi lebih teruk selepas mengambil makanan
Gejala lain yang boleh dialami:
  • Kembung perut,loya dan muntah
  • Pesakit boleh mengalami gejala yang lebih serius seperti muntah darah dan najis berwarna hitam

*Jika ia menjadi serius, perlu dapatkan rawatan segera kerana boleh mengancam nyawa pesakit.

Komplikasi:

Komplikasi yang dibimbangi bagi pesakit yang mengalami ulser peptik adalah pendarahan dalaman. Ia boleh jadi serius dan memerlukan pemeriksaan endoskopik untuk merawatnya. Jika pendarahan tidak dapat dikawal secara endoskopik, pesakit perlu menjalani rawatan seperti pembedahan untuk menghentikan pendarahan.

Pesakit yang mengalami ulser peptik yang kronik boleh mendedahkan kepada risiko kanser perut. Ulser peptik yang berlaku secara berulang-ulang boleh menyebabkan pesakit mengalami penyempitan pada saluran pemakanan dan menyebabkan masalah penghadaman  dan pesakit sering mengalami masalah munta-muntah.

Pencegahan:

Pengambilan makanan yang betul dan juga amalan gaya hidup yang sihat memainkan peranan yang penting dalam mencegah peptik. Oleh itu, amatlah penting untuk menghindar daripada menghisap rokok dan mengambil alkohol. Ujian saringan bagi mengesan jangkitan boleh dilakukan melalui beberapa cara seperti ujian darah, ujian nafas dan ujian najis.

Bagi pesakit yang perlu mengambil ubat penahan sakit bagi tempoh masa yang lama. Mereka boleh berbincang dengan doktor agar diberikan ubat penahan sakit yang tidak menyebabkan ulser peptik dan mengambil ubat penahan kesakitan apabila perlu sahaja.

Pengambilan minyak kelapa dara juga boleh bantu merawat dan mencegah ulser peptik. Minyak kelapa dara sangat baik untuk orang yang menderita dengan ulser peptik kerana sifat antibakterianya yang mampu membunuh bakteria yang menyebabkan ulser. Cara pengambilan adalah dengan mengambil satu sudu teh tiga kali sehari.