Khasiat Minyak Kelapa Dara untuk Kesihatan

Minyak kelapa dara ini telah digunakan sejak zaman nenek moyang lagi.Bahkan minyak kelapa dara ini dihasilkan bagi sesiapa yang sentiasa memetingkan kesihatan dan kecantikan tanpa perlu berbelanja dengan kos yang mahal. Ini kerana minyak kelapa dara atau dikenali juga sebagai Virgin Coconut Oil (VCO) adalah minyak yang diolah dari bahan kelapa segar dengan proses penyulingan yang baik sehingga produk yang dihasilkan benar-benar “suci”. Tidak hairanlah minyak kelapa dara ini sangat mujarab sehingga menjadi sebutan dan mudah didapati.

Ia juga boleh dijadikan sebagai pemakanan harian yang memberi kesan yang positif kepada pengguna dan kesihatan manusia dan mengurangkan kos risiko penyakit kronik seperti jantung dan kanser. Untuk mengekalkan struktur keaslian, ia diproses tanpa penggunaan hama dan kimia berbanding dengan minyak kelapa biasa. Pengambilan minyak kelapa dara secara berterusan dan konsisten dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan tubuh.

Antara khasiat minyak kelapa dara:

  •  Membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh  serta melindungi tubuh daripada kanser payudara,kanser usus dan kanser rahim
  • Berfungsi sebagai antioksidan dan mengurangkan radang kronik
  • Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif
  • Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing
  • Membantu mencegah sakit hati dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain.

Khasiat minyak kelapa dara untuk kesihatan dalaman :

  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal serta mental
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino
  • Melancarkan perjalanan insulin dan pengaliran dalam darah serta mengurangkan risiko kencing manis
  • Mengurangkan tekanan pada pankreas dan sistem enzim dalam tubuh
  • Mencegah risiko sakit jantung
  • Mencegah atherosclerosis dan strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi

Khasiat minyak kelapa dara untuk luaran :

  • Bantu mengurangkan berat badan dan meningkatkan metabolisma
  • Dapat menghasilkan tenaga dengan segera
  • Disapu pada kulit untuk membantu membentuk hambatan kimia pada kulit dan mengurangkan infeksi dan mencegah garis-garis halus
  • Mengurangkan gejala psoriasis dan dermatis
  • Dapat melembut dan mengurangkan kekeringan kedutan pada kulit
  • Memberi perlindungan daripada sinaran ultraviolet
  • Influenza
  • Hepatisis C
  • Cacar air  

Untuk dapatkan Minyak Kelapa Dara, klik pada gambar :