Khasiat Minyak Kelapa Dara untuk Bayi

Penggunaan minyak kelapa dara dalam kehidupan seharian mempunyai banyak kebaikan terutama kepada ibu hamil kerana ia membantu untuk memudahkan proses bersalin dan berpantang.Selain itu juga,ia boleh dijadikan sebagai produk kesihatan dan juga rawatan. Penggunaan minyak kelapa dara bukan sahaja boleh diamalkan kepada ibu hamil malah pada seisi keluarga.

Namun, minyak kelapa dara boleh digunakan pada bayi serta mampu untuk memberikan khasiatnya. Khasiat yang mampu diberikan kepada bayi antaranya:

  • Mengatasi dan Merawat Ruam

Kebiasaannya bayi akan mengalami ruam. Ruam yang sering berlaku pada bayi adalah ruam lampin. Ini berlaku di kawasan sekitar lampin disebabkan iritasi yang berlaku. Apabila lampin bayi tidak ditukar atau dibiarkan lama, ia akan menyebabkan iritasi berlaku disebabkan pendedahan yang lama pada air kencing dan najis. Oleh itu, untuk menghalang ruam itu berlaku, kebiasaannya akan menggunakan krim seperti zink oksida. Terdapat juga jenis ruam lain iaitu ruam panas  dan ruam alahan. Ruam panas berlaku disebabkan panas dan berpeluh.

Ini berlaku kerana bayi memakai pakaian yang tebal dan seterusnya menyebabkannya berpeluh ketika hari panas. Oleh itu, ibubapa diminta untuk tidak mengenakan pakaian yang tebal pada bayi terutama ketika berada diluar rumah untuk mengelakkan ruam pada bayi. Seterusnya, ruam alahan. Ruam ini selalunya berwarna merah, gatal-gatal badan yang boleh menyebabkan alahan. Faktor lain yang menyebabkan alahan adalah seperti karpet, habuk dan beberapa perkara lagi. Penggunaan minyak kelapa dara dengan cara sapukan pada bahagian kelengkan bayi sebelum memakai lampin dan juga urutkan serta ratakan pada keseluruhan badan bayi.

  • Menghilangkan Cradle Cap pada kepala bayi

Cradle cap berlaku di kulit kepala bayi dalam usia 3 bulan pertama.Namun ia boleh hilang apabila memasuki usia 6-12 bulan. Cradle cap ini berlaku disebabkan alergi, infection bacteria atau persekitaran yang kurang bersih. Selain itu, ia juga dipengaruhi oleh hormon androgen yang dibawa dari ibu ketika masih dalam kandungan. Hal ini menyebabkan kelenjar lemak aktif. Kulit bayi akan menjadi kemerahan dan menimbulkan lepuhan-lepuhan kecil kekuningan berisi nanah yang muncul pada kulit. Cradle cap boleh dijangkiti bakteria jika kebersihan kulit bayi tidak dijaga. Ini berlaku disebabkan sejenis bakteria yang boleh menular dan harus dirawat dengan segera. Gunakan minyak kelapa dara dan sapukan pada bahagian kepala bayi untuk mengurangkan masalah cradle cap.

  • Merawat jangkitan oral thrush dengan berkesan

Oral thrush adalah sejenis jangkitan kulat, dapat dilihat jelas berwarna putih dan berkerak. Kulat jenis albicans ini menjangkiti bahagian dalam tubuh seperti lidah, bibir dan bahagian dalam pipi.Kebiasaannya, ia berlaku pada bayi berusia bawah 2 tahun kerana sistem pertahanan tubuh yang masih lemah.

Article berkaitan:

Perkara yang perlu dilakukan apabila melihat lidah bayi anda putih:

  1. Pastikan sama ada ianya jangkitan kulat atau lapisan susu – Lapisan tebal yang sukar dibersihkan berkemungkinan ia adalah jangkitan kulat. Kadang kala bayi menunjukkan simptom kesukaran menyusu dan beberapa tanda ketidakselesaan.
  2. Cuba bersihkannya- Gunakan kain lampin dan celupkan dengan air suam sebelum digosokkan pada selaput putih di mulut bayi anda. Lakukan secara perlahan-lahan supaya tidak menyakiti bayi.
  3. Awasi risiko persekitaran-Cuci dan bersihkan alatan mainan bayi serta dengan menggunakan air panas mendidih sekerap mungkin. Ini kerana bayi cenderung untuk mengigit dan memasukkan kesemua barangan ke dalam mulut.
  4. Ketahui tanda bahaya- Jika jangkitan kulat di bahagian bawah mulut boleh menyebabkan kegatalan. Oleh itu, untuk menggelakkan susu tidak terkumpul, anda perlu mencucinya seawal mungkin apabila anda mendapati lidah bayi putih.

Untuk mendapatkan Minyak Kelapa Dara, klik gambar: