Kawal Kolesterol Anda dengan Minyak Kelapa Dara

Kolesterol tinggi dikatakan adalah risiko utama kepada masalah kardiovaskular yang boleh menyebabkan kepada kematian dalam kalangan rakyat Malaysia. Menurut laporan daripada Kementerian Kesihatan yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, sebanyak 47.7% rakyat Malaysia yang menghidap kolesterol tinggi. Manakala diabetes sebanyak 17.5%. Kebanyakan penghidap kolesterol adalah dikalangan golongan muda kurang 40 tahun mendapati 35 hingga 39 tahun paling tinggi menghidap masalah kolesterol.

Ini berlaku apabila penghasilan kolesterol secara perlahan-lahan dan menyebabkan berlakunya pemendapan lipid pada arteri dan seterusnya mengakibatkan ateroklerosis.

Ateroklerosis adalah penyakit kronik vaskular yang progresif dimana plak akan berkumpul di dinding arteri. Faktor yang menyumbang kepada terjadinya ateroklerosis seperti :

  • Faktor genetik
  • Tahap lemak yang tidak normal
  • Tekanan darah tinggi
  • Merokok
  • Gaya hidup tidak aktif
  • Berat badan yang berlebihan
  • Diabetes

Ateroklerosis selalunya boleh menyebabkan serangan jantung, angin ahmar, kegagalan buah pinggang dan sebagainya. Ia juga boleh membawa kepada kematian dan hilang upaya.

Article berkaitan:

Penggunaan Minyak Kelapa Dara mampu mengurangkan kadar kolesterol malahan ia sendiri tidak mengandungi kolesterol. Oleh itu, minyak kelapa dara ini adalah berbeza dengan minyak-minyak yang lain. Ia juga adalah alternatif terbaik untuk mengawal masalah kolesterol. Selain mampu untuk mengawal kolesterol, ia juga mampu untuk merawat masalah diabetes atau kencing manis.

Selain daripada mengawal masalah kolesterol dan kencing manis.Minyak kelapa dara juga mampu memberi khasiat yang lain seperti menurunkan berat badan, meningkatkan metabolisma, rawat masalah buah pinggang, sakit jantung dan sebagainya.

Untuk mendapatkan Minyak Kelapa Dara, klik gambar :