Diet dengan Menggunakan Minyak Kelapa Dara

Setiap individu mesti mempunyai impian untuk mendapatkan berat badan yang ideal disamping untuk dapat tubuh badan yang langsing. Sesetengah individu sanggup untuk menahan lapar dengan hanya makan sebiji sahaja epal sebagai makanan harian tanpa makan makanan lain jelas menunjukkan cara diet yang tidak sihat dan berkemungkinan boleh membawa kesan kepada tubuh badan seperti kadar metabolisme menurun, kehilangan otot, kekurangan nutrisi, kulit kendur dan batu karang. 

Walaupbagaimanapun tidak salah untuk individu itu berusaha untuk menurunkan berat badan, tetapi biarlah mengikut sistem yang betul. Menurut Saintis di Stanford University mendapati manusia yang mengikuti pemakanan diet yang betul untuk gen mereka akan mampu mengurangkan 5.3 % berat badan. Manakala, mereka yang mengamalkan diet yang tidak betul hanya akan dapat mengurangkan berat badan sebanyak 2.3%. Untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan langsing perlulah mengikuti cara diet yang sihat supaya dapat mengelakkan kesan negatif kepada tubuh badan.

Tahukah anda ada cara yang lebih baik untuk menurunkan berat badan secara semulajadi tanpa mengambil produk yang mempunyai bahan kimia yang telah diolah serta mampu untuk meningkatkan kadar metabolisma dan perangsang semula jadi tanpa kesan sampingan iaitu Minyak Kelapa Dara.

Minyak kelapa dara dikategorikan sebagai lemak berkalori rendah. Pengambilan minyak kelapa dara yang digantikan dengan minyak sayuran  lain akan menyebabkan kalori tubuh berkurangan. Minyak kelapa dara tediri didalam kategori (Medium Chain Fatty Acid) dimana MCFA ini mampu untuk meningkat kadar metabolisma tubuh, dengan cara ia mampu untuk membakar lebih banyak kalori. Menjadikan minyak kelapa dara dalam pemakanan adalah salah satu cara untuk mengurangkan lemak dalam tubuh badan serta menjadikan ia sebagai salah satu diet dengan menggunakan minyak kelapa dara. Tetapi seharusnya diingat perlu mengambil dengan kadar yang seimbang tanpa berlebihan kerana minyak kelapa dara ini boleh mempercepatkan kadar metabolisma. 

Bagaimana minyak kelapa dara boleh bantu untuk menurunkan berat badan?

Diet dengan menggunakan Minyak kelapa dara mampu untuk melambatkan proses pencernaan makanan, ia membantu agar anda sentiasa kenyang. Apabila ia melambatkan proses pencernaan, minyak kelapa dara mampu untuk menstabilkan kadar gula dalam darah selepas makan dengan memperlahankan proses pemecahan karbohidrat kepada glukos dalam darah. Selain itu juga, minyak kelapa dara ini mampu untuk detoksifikasi dimana  ia mampu untuk membersihkan saluran penghadaman dan membantu mengaktifkan semua sel-sel di dalam badan.Ini bantu untuk menurunkan berat badan secara semulajadi.

Tips untuk menurunkan berat badan cara mudah dengan minyak kelapa dara

• Mengamalkan minum minyak kelapa dara pada waktu pagi

 Anda boleh mengambil sesudu pada waktu pagi sebelum sarapan dan sesudu sebelum tidur. Ia akan bantu meningkatkan kadar metabolism dan membuat anda rasa kenyang.

• Boleh dicampurkan di dalam jus buah-buahan

 Anda juga boleh mencampurkan minyak kelapa dara dan jus buah-buahan samada jus epal,avocado, oren dan sebagainya. Ini kerana ia boleh membantu dalam mempercepatkan proses pencairan lemak di dalam badan.

Justeru itu, dengan pengambilan diet menggunakan minyak kelapa dara ini mampu untuk membantu anda mengurangkan berat dengan cara yang sihat. Tidak perlu lagi mengamalkan “extreme diet” yang berkemungkinan boleh menjejaskan kesihatan anda. 

Selamat Mencuba!!!

Untuk dapatkan minyak kelapa dara, boleh klik pada gambar :